My Wonderland Life

Monday, 5 August 2013

BeWare bg sesiapa yang guna DEBIT kad Maybank2u-Aniz dah kene

Salam uolss...saja nak share kat uolss suma...now, beware k.

Hari ini saya gatal tangan untuk mencuba benda baru. Maka saya pun gunakanlah fungsi kad debit yang ada pada kad ATM Maybank untuk mengisi minyak ke dalam tangki motor.

Rupa-rupanya, kita hanya perlu memasukkan kad itu ke dalam pembacanya dan kemudian pam sahaja. Maksudnya tak perlu untuk kita spesifikkan jumlah amaun yang kita mahu terlebih dahulu.

Saya mengisi sebanyak RM4.22 dan sepatutnya inilah jumlah yang harus ditolak daripada akaun simpanan. Sesampai di rumah, saya login ke Maybank2u.com untuk memastikan jumlah yang ditolak.

Dem, kelihatan RM200 ditolak! Apakah yang berlaku?

Saya fikir akaun saya sudah digodam oleh mat bangla Shell yang asyik pandang-pandang saya tadi. Apa yang mat bangla ini hendak pun saya tak tahu. Mungkin dia ingat saya ini main-main gamaknya kerana mengisi minyak motor yang sekadar beberapa ringgit dengan menggunakan kad.

Sebenarnya saya rasa makin malas hendak beratur membayar, di samping pernah terpaksa menunggu selama 5 minit untuk mendapatkan pulangan wang baki. Alasan yang mat bangla Shell itu lafazkan: "Tak ada duit kecil. Tunggu kejap yaa."

Padahal saya menghulurkan sekadar sekeping RM10 untuk mengisi minyak RM5 sahaja, yang mana RM5 ini kemudian dipulangkan dalam kuantiti 2 keping RM1 dan baki RM3 dalam bentuk duit syiling! Tensi dibuatnya.

Daripada himpunan gerai kecil di pasar malam, sehinggalah kepada deretan kafe dan restoran di Bangsar Village, penyakit tak ada wang tukar atau pun tak ada duit kecil ini, mesti berlaku. Ya betul, saya memang wajib dilempang kalau saya komplen tentang seorang peniaga jalanan yang tak ada duit tukar RM50 untuk semangkuk cendol yang saya minum di gerainya. Namun, kita patut melempang pemilik sebuah kedai majalah dan akhbar di KLCC yang tak ada duit tukar RM50 untuk Time Magazine yang saya hendak beli.

Arakian berbaliklah kita semula kepada hal Maybankard. Saya mencari sebab mengapa RM200 boleh ditoyolkan sedemikian rupa. Lalu saya mendapati ia adalah daripada transaksi bernama PRE-AUTH DEBIT.


Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, justeru saya menelefon bahagian khidmat pelanggan untuk meleraikan beberapa misteri yang berbangkit. Di bawah adalah beberapa benda yang saya belajar tentang kejadian pada hari ini. Saya harap, boleh membantu sesiapa yang berkenaan di masa hadapan.


1. Apa benda sebenarnya Pre-Auth Debit ini?
Caj yang akan dipulangkan semula dalam masa 7 hari ini, hanya dikenakan di 3 tempat sahaja: Stesen minyak, hotel dan hospital. Dalam kes stesen minyak, caj di Petronas ialah RM150 dan stesen selain Petronas ialah RM200.

Benda ini kalau kita hendak faham, lebih kurang macam cagaran. Jadi kalau kita cabut macam itu sahaja daripada hotel dan hospital, maka pemiliknya tidaklah rugi kerana kita sudah pun dikenakan Pre-Auth Debit terlebih dahulu. Namun dalam kes stesen minyak, saya rasa pihak pengurusan atasan Maybank sudah nyanyuk. Kita tidak pergi hotel dan hospital setiap minggu, tetapi kita isi minyak tiap-tiap minggu; malah ada yang 2 hari sekali isi minyak.

Kalau sekarang ini kau isi minyak RM10 dengan menggunakan kad debit itu, akaun kau akan ditolak RM200 terlebih dahulu. Dan katakan 4 jam kemudian kau mahu mengisi RM50 dengan kaedah kad debit juga, maka akan ditolak lagi RM200.

Erk, tak ke gila tu? Melainkan kau ada sekurang-kurangnya RM1000 dalam akaun, janganlah gunakan kad ini untuk isi minyak. Bukan apa, masalahnya tidak ada apa-apa paparan skrin yang mengatakan bahawa "RM200 akan ditolak terlebih dahulu daripada akaun anda apabila mengisi minyak dengan menggunakan Maybankard Visa Debit Card ini. Dan ia akan dipulangkan semula dalam masa 7 hari".

Nampak tak sekarang bahawa Maybank sesuka hatinya menolak RM200 daripada akaun tanpa kebenaran dan pengetahuan kita. Memang ia akan dipulangkan balik, namun isunya ia dilakukan secara senyap-senyap.

Kalau dalam seminggu kau isi minyak sebanyak 2 kali dengan menggunakan kad ini, dan baki yang ada dalam akaun kau cuma RM500, maka apa jadi? Tak ke menggelabah bila tengok di ATM yang baki akaun kita tiba-tiba berada di bawah RM100? Nak telefon Maybank sudah satu hal. Talian khidmat pelanggannya yang tidak bebas tol itu pun satu hal juga.


2. Selain daripada tiga tempat di atas, adakah Pre-Auth Debit ini akan dikenakan apabila kita membeli-belah secara online atau pun di mana-mana tempat yang ada logo Visa?

Tidak.


3. Kenapa saya tidak perlu memasukkan sebarang nombor PIN semasa melakukan transaksi di Shell siang tadi?
Ini perkara yang paling buat saya gerun. Apa yang cik khidmat pelanggan itu kata, untuk setiap pembelian di internet, nombor PIN akan digunakan. Nombor PIN ini tidak sama dengan nombor PIN yang kita gunakan di ATM. Di Maybank2u.com, sila cari bahagian Maybankard Secure Online Shopping Registration untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memborong secara maya. Sebagai nota tambahan, apabila sudah daftar, akaun Paypal juga sudah boleh dihubungkan dengan kad debit ini.

Yang menjadi masalah besarnya sekarang adalah transaksi yang kita lakukan di stesen minyak, pasaraya, dan mana-mana tempat selain daripada internet. Ini kerana, transaksi tersebut tidak memerlukan kita untuk memasukkan sebarang nombor PIN!

Ini sangat memeranjatkan saya. Ia membuka seluas-luasnya peluang untuk orang lain mencabul dan meronggeng kad kita. Sekian lama saya ada kad tersebut, barulah hari ini saya menyedari hakikat yang sungguh menyeramkan itu. Saya sangka sistem keselamatan kad debit ini sama seperti apa yang saya alami sewaktu di Ireland dahulu, iaitu perlu memasukkan kod PIN untuk sebarang urusniaga yang tidak melibatkan internet.

Cuba bayangkan kau hilang beg duit. Di dalamnya ada kad debit Maybankard Visa. Kalau saya yang jumpa, saya boleh gunakannya untuk beli macam-macam di Giant dan Tesco. Satu-satunya cara untuk menghalang musibah ini daripada berlaku adalah dengan:

  1. Melaporkan kehilangan kad itu kepada Maybank dengan segera;
  2. Atau pun sebelum benda ini berlaku, sila pergi ke ATM dan tukar amaun untuk transaksi kad debit itu menjadi RM0 per hari. Tapi kalau buat begitu, apa relevannya ada kad debit ini?

Bab yang ini sangatlah penting untuk kita fikirkan kerana kad debit dihubungkan secara terus dengan akaun simpanan kita. Ini yang bahayanya. Kalau kau hilang kad kredit dan tiba-tiba ada orang lain yang berjaya menggunakannya, kau tak perlu risau sangat kerana setiap transaksinya akan menggunakan duit bank terlebih dahulu.

Saya bertanya kepada cik khidmat pelanggan itu tentang bagaimana kalau dompet saya dicuri, dan pencuri itu berjaya melakukan transaksi, katakan sebanyak RM1000 dengan menggunakan kad debit saya itu. Kes kecurian ini pula memang telah disahkan oleh polis dan bukan saya sengaja mereka-reka cerita. Maka, adakah saya akan dapat semula RM1000 itu atau ia lesap begitu sahaja?

Cik khidmat pelanggan itu menjawab bahawa dia tak boleh bagi jawapan boleh dapat balik atau tidak. Ia bergantung kepada pihak pengurusan. Sangat menggerunkan..

Melainkan Maybank meningkatkan tahap keselamatan kad ini dengan memperkenalkan sistem PIN bagi semua jenis transaksi, maka saya hanya boleh berharap agar kad ini boleh terus dilupuskan dari diari hidup saya sebaik sahaja tempoh basinya tiba. Munajat saya: Mahu kad dulu-dulu yang lebih old-school. Amin.

Data Entry dari BLOG

69 comments:

  1. Salam..mmng info yang berguna. Sy baru kena malam tadi. Subhanallah..menangis sy. Terkejut ingtkn duit kena kebas ngan mamat bangla keje shell tu, nasib baik tak datang p serang dia. Hahaha..

    Anyway..berapa lama dia akn return balik duit kita? 3days or 7days?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru je kna smlm.. Kt caltex.. Supervisor caltex kta 3 ke 4hari jugak la nk msuk.

      Delete
  2. salam Nia...memang menangis, Aniz faham perasaan Nia time tu coz Aniz penah kene jugak..duit akan return kat kite dalam 7 hari bekerja..so selepas nih beware k..

    ReplyDelete
  3. Uwaaa bru kene smlm .. kekonon malas nk keluar cash g lah gatal guna debit maybank utk ptama kali nye skli cek acc kne tolak rm200 padahal isi mnyk rm50.00 je .. kurng ajo nye maybank ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang tak perasan pasal nih kan, ingatkan semua boleh gune debit maybank tu last terkene cmne, dahlah nak raya kan? sabar ye sis, duit akan return after 7 days.kene tunggu je

      Delete
  4. Semalam sya ada guna kad bank untk isi mnyak tapi sya cancle.tu pon kena tarik rm 200.tu pon kne tnggu 7 days gak ke nk dpt balik duit tu?

    ReplyDelete
  5. Maybank je kot. Bank islam tak pernah pun. 3 tahun dh pakai.

    ReplyDelete
  6. Husband baru kena mlm td pki debit card public bank. Dorg potong 200 juga.

    ReplyDelete
  7. TQ bos for the info...

    baru terkena semalam.. terkejutt 200 hilang.. phuiii... skrg tgh pokai.. tunggu 200 tu dpt balik..

    ReplyDelete
  8. lain kali baca dulu terms and condition sebelum ambil kad debit or kredit kad. baca terms and condition ni adalah satu masalah masyarkat kita, malas nak baca. kalau baca pon x faham. jadi faham kn betul2, tanya pegawai bank apa yg x faham.

    ADA CARA sebenarnya utk diorg TAK POTONG.
    1)Guna debit kad di kaunter (amaun minyak yg tepat)
    2)Guna debit kad di pam minyak dengan memasukkan amaun yg dikehendaki

    sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya masa saya masukkan kad visa debit tu..tiada langsung paparan yg menyuruh masukkan jumlah yg dikehendaki.bila masuk kad terus processing...then approved...lepas tu suruh tarik kad dan isi minyak.selesai isi..baru keluar resit rm70.03.

      Delete
    2. Masalahnya masa saya masukkan kad visa debit tu..tiada langsung paparan yg menyuruh masukkan jumlah yg dikehendaki.bila masuk kad terus processing...then approved...lepas tu suruh tarik kad dan isi minyak.selesai isi..baru keluar resit rm70.03.

      Delete
    3. tekan preset dahulu.. (perkhidmatan ini tak da kat petronas) masukkan jumlah dahulu, lepastu, baru masukkan kad bila skrin mtk kita masukkan kad debit & loyalti kad

      Delete
    4. Xde pun paparan nk di bce... Bkn slh mssyarakat da tu.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Aniz...tq very much..info yg sgt berguna...hari ni saya pun gatal tgn guna maybank visa debit..gara2 malas beratur pnjg..isi minyak keta rm70... Blk rumah saja check maybank2u...terkejut tgk pre auth debit rm200...terkejut beruk saya..rsnya xde beli barang m2u hari ni...puas fikir dari mana dtgnya pre auth debit tu...last2 tergerak nak gugel CARA GUNA KAT VISA DEBIT UTK ISI MINYAK...keluarlah artikel aniz...syukur sgt kalau rm130 tu dpt balik...

    ReplyDelete
  11. Aniz...tq very much..info yg sgt berguna...hari ni saya pun gatal tgn guna maybank visa debit..gara2 malas beratur pnjg..isi minyak keta rm70... Blk rumah saja check maybank2u...terkejut tgk pre auth debit rm200...terkejut beruk saya..rsnya xde beli barang m2u hari ni...puas fikir dari mana dtgnya pre auth debit tu...last2 tergerak nak gugel CARA GUNA KAT VISA DEBIT UTK ISI MINYAK...keluarlah artikel aniz...syukur sgt kalau rm130 tu dpt balik...

    ReplyDelete
  12. Saya pun baru kena. Ahad lepas.
    Dah 3hari bekerja. Bila nak dpt balik duit tu entah ler

    ReplyDelete
  13. Bru kena ahad lps...tp bru perasan hr ni bila buka maybnk2u 😭😭😭

    ReplyDelete
  14. Bru kena ahad lps...tp bru perasan hr ni bila buka maybnk2u 😭😭😭

    ReplyDelete
  15. aduyaiiii.hari ni sy plak yg jadi mangsa...btul gatal tangan nk guna kad debit maybank isi minyak. nk cepat katanyer..bila bukak maybank2u..oh my god!!..mmg nangis la jawabnya..duit aku..huhu..yg ptg duit tu kena refund..

    ReplyDelete
  16. harini saya kena, tapi tak sampai 200. kebetulan cashier petronas hulur kad mesra dan pada masa tu sy nak rushing.tak terpikir langsung nak bertanyakan jumlah kad berapa. sy isi minyak lebih kurang dalam 52 ringgit, dan ditolak dalam bank sy 150. agak tak kena jumlah dekat situ. adakah harga kad mesra tu dilibatkan sekali sampai seratus, atau sy kena libas ngan cashier tu?

    ReplyDelete
  17. Baru nk isi myk guna kad debit maybank,nasib baek google dulu sblm guna.tq

    ReplyDelete
  18. Baru nk isi myk guna kad debit maybank,nasib baek google dulu sblm guna.tq

    ReplyDelete
  19. Salam,Saya pun baru kena 2 hari lepas,nak tanya saya kena pergi bank ke untuk isi apa2 form untuk refund duit saya tu.

    ReplyDelete
  20. Salam,Saya pun baru kena 2 hari lepas,nak tanya saya kena pergi bank ke untuk isi apa2 form untuk refund duit saya tu.

    ReplyDelete
  21. saya pon baru kena charge rm200 semalam. sebelum ni pon saya dah kena bila guna kad nak isi minyak. cuma xperasan je. kalo mcm gini la nak tggu 7 hari, ada cash tu pakai cash je. cuma kalo sesak2 kat stesen minyak utk bayar itu le yang bengkek tu.. haih

    ReplyDelete
  22. What are the instances where holding-of-funds transaction is done to my account?
    Hotel - Amount depends on the duration of stay whereby on check-in, pre-authorization amount will be charged. During check-out, the pre-authorization amount will be reversed and the actual amount will be charged.
    Petrol transaction at the pump (outdoor) - Pre-authorization amount is RM150 to RM 200. Pre-authorization amount will be charged to customer's banking account during the fill-up. The pre-authorization amount will be reversed back and the actual filled-up amount will be charged to customer's bank account once the bank receives the actual filled-up amount from the acquiring bank. Average pre-authorization holding day is 3 to 5 days. Kindly advise the cashier the actual amount to consume to avoid pre authorization holding amount.

    http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/faqList.do?cntTypeId=0&channelId=CRD-Cards&cntKey=CRD03.02&programId=CRD03-DebitCards&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards&cntKey=CRD03.03&faqId=CRD03.03-VisaDebit

    ReplyDelete
  23. Sy pun baru terkena. Siang td isi minyak kat shell rm40 pakai kad kredit maybank Amex.. Sekali dpt sms notification katanya sy dh gunakan rm250.. Utk isi minyak..aiyoooo.. Cuak jap.. Maknanya sy punya kad dipotong rm210.. Bile gugel baru la tau ttg kewujudan pre auth nie. Sobs~

    ReplyDelete
  24. Saya takmau cakap banyak... Ermmm ermmm....

    ReplyDelete
  25. hehe,,saya pon baru terkena,,terkejut beruk gak tolak rm200,,padahal baru isi rm50..maklumlah 1nov naik minyak...terus cucuk kad,,balik umah cek akaun,,,huhu...tp saya pernah try di pam bhp petrol xkena plak tolak duit...caranya tekan preset then amount,,,kmudian masukkan kad,,isi minyak,,pastu keluar resit,,,ok jer..so klu nak selamat better try tekan preset dulu then amount,,klu approved pakai jer,,klu xboleh gak,,p bayar kat dalam jer la,,jgn gatai2 tgn jolok kad debit kat pam stesyen..huwawawa

    ReplyDelete
  26. Baru kena malam td. ceritanya, baru balik keje dlm kul 10++pm mcmtu, nthen tgh bawak motorbaru prasan meter minyak bebetul kong, terus singgah petron.nk g bayar tu pulak baru prasan duit takde langsung dlm dompet mungkin sibuk keje sampai lupa pegi bank kuar duit. so terfikir la boleh pakai debit ke tak, cashier pn ckp boleh terus cocok je kt mesin pam. dh settle isi minyak rm5 kt motor, amek resit sampai rumah semak m2u. demm wtf rm200 DR?? haha lps baca ni, so dh faham dh. thanks info.

    ReplyDelete
  27. agak2 duit tu akan dapat balik tak? huwaa..saya baru terkena ja... duit tak da dlm poket.. nk isi mninyak cucuk ja..last2 mendapat..nk pegi tekan duit..tggai puluh2 ja .fakk...huwaaa

    ReplyDelete
  28. maaf bertanya....kalau kad debit bank lain pun sama jugak ye.. pagi tadi saya isi minyak guna kad sbb dah lambat nak pegi keje atm kat petronas tu pun dah jahanam so terpaksa guna kad debit...saya dapat msg dari bank 200 ratus telah ditolak dari acc...tapi mmg akan dapat balance balik kan..... #isiminyak4ringgit #kenetolak200

    ReplyDelete
  29. kalau beli barang tesco online, then cancel, even bukan salah kita, maybe jalan jem dsb, duit maybank refund SEBULAN after. Haru jap sebab first time tu baru pindah rumah, income dah takde sbb benti kerja n saving mmg licin byr installment bulan2, barang yg purchase tu mmg untuk 3,4 bulan stock. Then, duit ckup2 je nk travel pergi kursus for the month. kurang zat makanan sebulan

    ReplyDelete
  30. Aduh mak pon baru terkena smlm...smlm tak perasan lagi sbb kad kensel...mmg tak isi pn l...masuk dlm kaunter byr guna debit kad maybank jugak. Ni tdi baru perasan kena tolak 200 hengget sbb nk reload maxis tgk balance tinggl sikit...cuak giler dowh

    ReplyDelete
  31. Beli rm 20...kena potong rm 200...pre aouth debit katanyer...kalau nak trede jangan paksa paksa...trade minyak ape?kite org 7 hari kena di gunakan modal...untuk ape..?duit dalm bank rm 50 jer tinggal..beli lauk dua hari...5 hari lagi aku nak
    beli pakai ape? Cer nanti time bayar masuk kan 70% dari keuntungan..leh aku try cucuk kali kedua...

    ReplyDelete
  32. Beli rm 20...kena potong rm 200...pre aouth debit katanyer...kalau nak trede jangan paksa paksa...trade minyak ape?kite org 7 hari kena di gunakan modal...untuk ape..?duit dalm bank rm 50 jer tinggal..beli lauk dua hari...5 hari lagi aku nak
    beli pakai ape? Cer nanti time bayar masuk kan 70% dari keuntungan..leh aku try cucuk kali kedua...

    ReplyDelete
  33. nasib ada info kak aniz nie,sy baru je kna td,nak mengamuk kt kaunter,jga kaunter awek, comey pulok,hemmmm redha je la tunggu 7 hari..

    ReplyDelete
  34. Nak tanya, resit keluar dua kan? Satu customer copy, satu lagi tu untuk apa ya?

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Sy terkena jgk..tp sy pkai bsn..huhuhu

    ReplyDelete
  37. Sy baru kena semalam....sy guna kad bsn....sy cancel blik pom kena tolak jugak rm200.. Adakah sy perlu pergi kew bsn nk refund blik duit sy atau sy tggu jew...macam korang cakap selama 7 hari.. ??????

    ReplyDelete
  38. Sy baru kena semalam....sy guna kad bsn....sy cancel blik pom kena tolak jugak rm200.. Adakah sy perlu pergi kew bsn nk refund blik duit sy atau sy tggu jew...macam korang cakap selama 7 hari.. ??????

    ReplyDelete
  39. aduh..bru teguna tgah malam td.terpakse pakai kad debit dsebabkan petrol pam dh ttup.isi minyak rm20 tp cek maybank2u tolak 200.ape kehei ntah la.smpai la terdetik hati nk google.jmpa yg ni.alhamdulillah da dpt jwapan.so,kne tggj 7hari la ni ea?or kene g bank jugak utk buat aduan?

    ReplyDelete
  40. Salam, saya bary kena semalam, terkejut tgk balance dlm accnt , nmpk gayanya kena tgu 7 hari lg laa baru masuk duit tu..... baru fikir nk settlekan bil2 yg patut.... ni namanya sistem pakai duit pelanggan nak berniaga laa ni.... bayangkan klau 200 seorang klau 100 org yg kena ... dah berapa.... hurmmm by the way thanks for info....

    ReplyDelete
  41. sabar jela..smlm pam myk ktshell 64hinggit je..arini transfer maybank2u beli brg,tibe2 tgok balance sikit,tgok transaction pre auth kejadahnye..200,sesak nafas kejap..tergerak hati nk google pasal debit di shell..bila baca pasal ni bru faham n lega..tp penantian nk dpt blek duit tu,adoiiii...nasibla lmbt lgi nak raya

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah,bru smlm komen kat sini,hari ni check akaun dah masuk pun duit pre authorize debit tu..thanks atas perkongsian ilmu di atas..

    ReplyDelete
  43. Ya Allah mati2 aku ingt duit aku kena songlap oleh Shell. Tapi x tau lg ni..bab check trans history..x kuar2 lg..tgh maintanance tgh2 mlm buta ni. Harap2 xlah hilang duit tu..RM200 beb..bkn senang2 nak cari dlm sehari dua. Harap2 pasni abg Yusof Azmi campur tgn lah kes mcm ni..jgn biarkan penyangak bank gunakan duit kita utk melabur selama 7 hari. Pastu buat kita gaduh2 dgn bangla Shell.

    ReplyDelete
  44. Aku bru kena arini guna kad debit bsn..mggelabah weii isi rm35..potong sampai rm200..xko racing balik kt shell...aku da nk tuduh2 da..staf shell tu songlap duit..adoiii..mlampau jk nk hold sampai cmtu..apa xtakut wooo..arap bsn refund cpt duit aku..mati weiii gaji lama lg...kering woiii..sesapa ble share klu bsn dia refund brapa ari ekk...jgn sbulan..kering wooo

    ReplyDelete
  45. baru kena pg td..25/1/2018..
    rm 200 lesap dlm akaun mybank..
    bengang..gak..
    walaupun refund.jgn buat org mcm ni..kalu baki ada 200''.. tak ke pedajal org...fikirlah..mybank ngok..menyusahkan org..dh la langsung tak bg tahu...bongok..

    ReplyDelete
  46. Baru kena gak tadi...adoi, tapi kenapa isi RM50 kena tolak pun RM50 ja bkn RM200, aih musykil la pulak...

    ReplyDelete
  47. Kene gak... Selalu tekan jmlah bru masuk card.. Tadi masuk terus proses... Tapi cancel balik.. Buat masuk jmlah tu semula..blik cek2 dia tolak gak rm200...adoiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2,3 hari masuk balik...duit tu...sabor la ye..sy pun dh kena..tak nk isi minyak pkai kad lg..

      Delete
  48. Sistem ni memang menyusahkan penguna kad ..pam minyak aje pun

    ReplyDelete
  49. Camne ehh ..kalau hari tu aku nak transfer duit ke akaun lain guna meps..tapi tiba2 masa tu transfer declined..x berjaya,,cuaklah aku masa tu...pastu 4 hari camtulah aku gi bank islam..cek baki 12 ringgit kene tolak,,knapa ehhh...

    ReplyDelete
  50. Terbaek lah mcm saya kena jugak hari nie 15/04/2018... Jenuhh sy masukkan kan kad maybnk n masukkn pin strusnya masukkan kad mesra n terus isi minyak sebanyak rm50 last2 selepas siap isi mnyk sy letak balik pam dan sy tngok kertas resit xkluar itu yg mmbuatkn sy takut n terus ke kaunter untuk print balik resit nasib baek boleyh print...tpi yg xpuas aty sy check balik dalam maybnk2u dia tolak rm200 rasa nk marah sy...klau sy thu mcm too sy isi 200 trus betul x.. Klau nk isi ary sekali. .esk sekali xbleyh kan sbb dia memng automatik tolak rm200 setiap isi mnyak.ok bos tq atas info..

    ReplyDelete
  51. Cibai aku dalam bank balance 200 ngam2 skli check online tnggal rm1 natang punya rimau bodoh lahh mcm taik servis...next time update lah dlu bodoh...bola system upgrade selalu tak bg infomation bukak2 taw2 after 3am bru blh log inn gampang lak ai

    ReplyDelete
  52. Sistem bank yg berat sebelah dan menindas rakyat..

    ReplyDelete
  53. Alhamdulillah, hari ni kena jgk, hahahaha.. Pastu memang terkejut gila. Ni dah baca jadi tenang skit. Knapa lah tk baca dlu baru buat kan.. Ngok toi aku ni..

    ReplyDelete
  54. Kalau nak Stesyen minyak tolak ikut apa yg kita guna, guna kad debit/kredit di kaunter... jangan cucuk di pam... di pam mmg akan tolak rm200

    ReplyDelete
  55. Rupanya kes ni dah lama ke..aduhhh baru Kene td..ttbe Kene tolak rm200..betul kan akan dpt refund balik..risau dah ni..

    ReplyDelete