My Wonderland Life

Tuesday, 27 August 2013

welcome to our family..

Hi uollssss..

Sepatutnya aniz da post entry nih last week tapi x kesempatan lak..before tu nak show something ngan korang ye..takut nanti entry dah lah pajang and at the end baru tau story..susah gak kan..

comel x hehehe...nak tau mane aniz jumpe anak kucing nh..time tu selepas aniz and tunang kuar beli barang keperluan sedikit, nak otway  balik rumah nh then time kat simpang rumah tu tibe2 aniz ternampak ler anak kucing..dah gtau pun ngan tunang aniz suruh benti coz ade anak kucing..dia x sedar dok ingat sampah kat tengah2 jalan..nasib tunang aniz dok langgar ngam2 kat tengah kereta..in case kat tepi tayar camane? aniz jerit kuat tau dalam kereta tu baru tunang break emergency..then reverse kan kete..tau2 je betol2 anak kucing..nasib anak kucing tu masih hidup ag tau..lau x, menjawab ler tunang aniz.

time anis nak galih kan ke tepi tibe2 tunang suruh bawa balik coz nampak comel je..bulunya pattern lain dari yang lain..aniz ekot je lah pe yang tunang aniz nak then time aniz kendong anak kucing tu..perghhhh...jantungnya payah aniz nak gambarkan, memang berdegup kencang kowt..mesti dia dah fikir antara mati dan hidup dah heheh..

kami dah decide untuk adopt anak kucing nh then kami namakan sebagai chomby..dia nh gugirl tau, memang padan pun.mgam2 gak aniz and tunang nak cari kucing girl. Now chomby bawa jagaan tunang aniz di bintulu..nak tau pekembangan baru chomby..meh view pic below:
yang putih and putih hitam tu..harus ler abert and momot..dia orang nh dah berkawan baik dah kowh.
tengok chomby tu..time nh dia dah seminggu dalam jagaan tunang aniz..dah BAMBAM kan chomby...perut dok dah boyot..tunang gtau aniz yang chomby nh kuat makan...


From MyHeart,
Aniz

hasil setelah 5 tahun belajar

salam uols,

pakaba nong? dah hampir bersarang lelabah dah aniz nye blog, lama x updated kan???Kebizian melanda...hah nak tau pa yang aniz buzy kan after raya...view pic nh...


inilah aniz bila kat site hehehe....time nh client xda kat cabin..so ko pa ag..amek gambor ler heheh..dah hobi kan.
nh keadaan cabin nya...nak tau mana tampat aniz duduk..meh view dekat cikit...
Taaaddaaaaa...nh ler, langsung tak kemas kan..nak gtau orang sekeliling ler yang aniz nh buzy hehe..padahal x buzy sangat nye..buzy nya time aniz kat site je tengok technician buat keja :).

ok, tu aja ye dari aniz..nh lah kerjaya aniz yang second job after graduate..x sangka pun join oil and gas.Tp serius, sapa yang nak join kerjaya nh..kene kuat mental and fizikal. Good luck uolllsss...

From My Heart,
Aniz

Wednesday, 14 August 2013

Mood Raya + lemau nak kerja

Salam uollsssss.....

Selamat hari raya Aidilfitri untuk suma..Maaf ler memandangkan kebizian melanda time raya ritu...blog pun bersawang dah huhuhu...and tak menyempat nak wish raya ngan korang suma..excited raya katakan. Cuti raya aniz lama lah jugak then arinih baru masuk office..serius I feel sooooooo lemau.malas giler nk wat kerja..even kat meja nh penuh ngan paper work...what to do kan? feel raya lebih sangat...Arinih tak mo wat entry raya dulu ye coz nak simpang banyak2 hehehe..now aniz nak relax ler...

Kan best kalau boleh relax cmne...nak jadi mem besar lah pas kawen nanti..boleh tak agak2 nya hahaha....
From My Heart,
Aniz

Tuesday, 6 August 2013

Berbuka Puasa + Besday celebration

Salam uollsssss...

salam satu Malaysia..hehehe, semangat..semangat dan semangat...ceh byk giler aniz ulang perkataan semangat tu..maklum rinih last keja and malam pulak saye balik kuching ye, cuti katakan...yeah..yeah..yeah..walaupun hakikatnya kena berdepan dengan paper work sekarang nh..tp harus gak aniz menyibukan diri dengan blog ...ahakkksss....

Nak story nh, semalam kawan ofis aniz ajak ler berbuka puasa kat luar, memandangkan aniz sorang2 je malay yang tinggal kat ofis nh..cam x reti lah aku nh nak raya kan..hellowww uollssss...bukan xnk balik awal ye wat prepare untuk raya ya..ini sebab...cuti lama yang aku amek x approve..so menapak ler aku kat ofis nh saat orang lain sibuk wat biskut dan kek raya kat umah..forgot bout that..aku nak share kat korang petang semalam yang dok berbuka puasa kat luar tu...sekali gus celebrate ler besday kawan ofis nh..nama nya chai...actually besday dia last friday..tp belated ler..semalm je ada masa kuar..
 Before tu teman dak sorang nh pegi gunting rambut...serius after dia gunting rambut nmpak comel je aku tengok..like alah..yang dalam citer THE SMURF tu hehehe
Cam gini ler yang aku nampak hahhaa..jahatnya aku

nh ler kawan aniz yang gunting rambut tu..artis kowt dia nh hahaha...al maklum perform ahad nh..so kene touch up rambut baru hahaha..

 nh pulak rambut dah selesai potong..comel kan..sesuai je ngan muka dia..walaupaun ada sesetengah pendapat cakap yang muka booolat tak sesuai rambut pendek tp dia comel je aniz tengok hehhe..
hah..nh pulak chai with her lil bro..
minuman nh..harus kowt aniz punya hahhaa..teringin lak nak minum teh tarik..lama dah x minum air nh heheh...
nh ayam sambal kowt..kalau x silap ler...kes makanan nh yang wat lawak tu...mmg suma lidah keras kowt x reti nak beza ayam sambal and black paper..actually chai order black paper then pekerja kedai tu hantar yang sambal punya..tp dia mention kat kami ayam black paper..haruslah tu makanan chai..last2..rupenye tu makanan cc coz cc yang tempah ayam sambal..aiii, pekerja kedai tu pun x reti ke bezakan yang mana satu ayam sambal and ayam black paper..aku tetap salahkan pekerja kat kedai tu walaupun aku sedar tu pun salah kami jugak x pandai nak beza makanan.hahaha.. At last nya pekedai tu tukar lah menu chai  ke black paper. X lama pun menunggu..x sampi 10 minit untuk makanan chai siap.
nh pulak makanan yang aniz order..kueh tiaw kantonis..tp aku rase cam kieh tiaw sup ja..ish2, sabor je aku ngan masakan kat kedai nh..kang aniz mention name kedai nh nnti tutup pulak kedainya..xpa lah..kira aniz halalkan je k..

KEK?????


mesti korang tercari-cari kan mane lah  kek birthday, title punyelah celebrate besday tp kek xda hehehe...kek ada tp dalam kereta..malas nak bawak kuar coz kek di beli slice2 je..so take away then pa ag..kat umah ler kami makan hahaha..pelik kan sambutan besday tu.. Pasal kek pulak lain citer nya..dah malam2 cmtu then dah kepenatan dok gelak memanjang je time kuar tu at last nya..kami masing2 tertukar kek..punya lah aku nh dok tempah kek indulgence...
at last lain lak yang aku dapat hehehe..tp xpa.same je rasa kek yang tu just aniz x berapa suka kek yang de jem masam2 tu..x sedap..ingatkan nak feel lebih ler tutup mata dan makan kek kegemaran, menghayati ler sangat kan. last2 aku pejam mata makan kek tu sebab MASAMMMMM...huhuhuh, sabor je aku.. 

Kesilapan sendiri jugak dah uha..uha..uha and pom pang pom pang hah, amek ko tersalah amek kek hahaha..lawak je. k lah uollsss, panjang lak entry aniz kan..so, happy reading ya..

From MyHeart,
Aniz
 





Monday, 5 August 2013

BeWare bg sesiapa yang guna DEBIT kad Maybank2u-Aniz dah kene

Salam uolss...saja nak share kat uolss suma...now, beware k.

Hari ini saya gatal tangan untuk mencuba benda baru. Maka saya pun gunakanlah fungsi kad debit yang ada pada kad ATM Maybank untuk mengisi minyak ke dalam tangki motor.

Rupa-rupanya, kita hanya perlu memasukkan kad itu ke dalam pembacanya dan kemudian pam sahaja. Maksudnya tak perlu untuk kita spesifikkan jumlah amaun yang kita mahu terlebih dahulu.

Saya mengisi sebanyak RM4.22 dan sepatutnya inilah jumlah yang harus ditolak daripada akaun simpanan. Sesampai di rumah, saya login ke Maybank2u.com untuk memastikan jumlah yang ditolak.

Dem, kelihatan RM200 ditolak! Apakah yang berlaku?

Saya fikir akaun saya sudah digodam oleh mat bangla Shell yang asyik pandang-pandang saya tadi. Apa yang mat bangla ini hendak pun saya tak tahu. Mungkin dia ingat saya ini main-main gamaknya kerana mengisi minyak motor yang sekadar beberapa ringgit dengan menggunakan kad.

Sebenarnya saya rasa makin malas hendak beratur membayar, di samping pernah terpaksa menunggu selama 5 minit untuk mendapatkan pulangan wang baki. Alasan yang mat bangla Shell itu lafazkan: "Tak ada duit kecil. Tunggu kejap yaa."

Padahal saya menghulurkan sekadar sekeping RM10 untuk mengisi minyak RM5 sahaja, yang mana RM5 ini kemudian dipulangkan dalam kuantiti 2 keping RM1 dan baki RM3 dalam bentuk duit syiling! Tensi dibuatnya.

Daripada himpunan gerai kecil di pasar malam, sehinggalah kepada deretan kafe dan restoran di Bangsar Village, penyakit tak ada wang tukar atau pun tak ada duit kecil ini, mesti berlaku. Ya betul, saya memang wajib dilempang kalau saya komplen tentang seorang peniaga jalanan yang tak ada duit tukar RM50 untuk semangkuk cendol yang saya minum di gerainya. Namun, kita patut melempang pemilik sebuah kedai majalah dan akhbar di KLCC yang tak ada duit tukar RM50 untuk Time Magazine yang saya hendak beli.

Arakian berbaliklah kita semula kepada hal Maybankard. Saya mencari sebab mengapa RM200 boleh ditoyolkan sedemikian rupa. Lalu saya mendapati ia adalah daripada transaksi bernama PRE-AUTH DEBIT.


Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, justeru saya menelefon bahagian khidmat pelanggan untuk meleraikan beberapa misteri yang berbangkit. Di bawah adalah beberapa benda yang saya belajar tentang kejadian pada hari ini. Saya harap, boleh membantu sesiapa yang berkenaan di masa hadapan.


1. Apa benda sebenarnya Pre-Auth Debit ini?
Caj yang akan dipulangkan semula dalam masa 7 hari ini, hanya dikenakan di 3 tempat sahaja: Stesen minyak, hotel dan hospital. Dalam kes stesen minyak, caj di Petronas ialah RM150 dan stesen selain Petronas ialah RM200.

Benda ini kalau kita hendak faham, lebih kurang macam cagaran. Jadi kalau kita cabut macam itu sahaja daripada hotel dan hospital, maka pemiliknya tidaklah rugi kerana kita sudah pun dikenakan Pre-Auth Debit terlebih dahulu. Namun dalam kes stesen minyak, saya rasa pihak pengurusan atasan Maybank sudah nyanyuk. Kita tidak pergi hotel dan hospital setiap minggu, tetapi kita isi minyak tiap-tiap minggu; malah ada yang 2 hari sekali isi minyak.

Kalau sekarang ini kau isi minyak RM10 dengan menggunakan kad debit itu, akaun kau akan ditolak RM200 terlebih dahulu. Dan katakan 4 jam kemudian kau mahu mengisi RM50 dengan kaedah kad debit juga, maka akan ditolak lagi RM200.

Erk, tak ke gila tu? Melainkan kau ada sekurang-kurangnya RM1000 dalam akaun, janganlah gunakan kad ini untuk isi minyak. Bukan apa, masalahnya tidak ada apa-apa paparan skrin yang mengatakan bahawa "RM200 akan ditolak terlebih dahulu daripada akaun anda apabila mengisi minyak dengan menggunakan Maybankard Visa Debit Card ini. Dan ia akan dipulangkan semula dalam masa 7 hari".

Nampak tak sekarang bahawa Maybank sesuka hatinya menolak RM200 daripada akaun tanpa kebenaran dan pengetahuan kita. Memang ia akan dipulangkan balik, namun isunya ia dilakukan secara senyap-senyap.

Kalau dalam seminggu kau isi minyak sebanyak 2 kali dengan menggunakan kad ini, dan baki yang ada dalam akaun kau cuma RM500, maka apa jadi? Tak ke menggelabah bila tengok di ATM yang baki akaun kita tiba-tiba berada di bawah RM100? Nak telefon Maybank sudah satu hal. Talian khidmat pelanggannya yang tidak bebas tol itu pun satu hal juga.


2. Selain daripada tiga tempat di atas, adakah Pre-Auth Debit ini akan dikenakan apabila kita membeli-belah secara online atau pun di mana-mana tempat yang ada logo Visa?

Tidak.


3. Kenapa saya tidak perlu memasukkan sebarang nombor PIN semasa melakukan transaksi di Shell siang tadi?
Ini perkara yang paling buat saya gerun. Apa yang cik khidmat pelanggan itu kata, untuk setiap pembelian di internet, nombor PIN akan digunakan. Nombor PIN ini tidak sama dengan nombor PIN yang kita gunakan di ATM. Di Maybank2u.com, sila cari bahagian Maybankard Secure Online Shopping Registration untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memborong secara maya. Sebagai nota tambahan, apabila sudah daftar, akaun Paypal juga sudah boleh dihubungkan dengan kad debit ini.

Yang menjadi masalah besarnya sekarang adalah transaksi yang kita lakukan di stesen minyak, pasaraya, dan mana-mana tempat selain daripada internet. Ini kerana, transaksi tersebut tidak memerlukan kita untuk memasukkan sebarang nombor PIN!

Ini sangat memeranjatkan saya. Ia membuka seluas-luasnya peluang untuk orang lain mencabul dan meronggeng kad kita. Sekian lama saya ada kad tersebut, barulah hari ini saya menyedari hakikat yang sungguh menyeramkan itu. Saya sangka sistem keselamatan kad debit ini sama seperti apa yang saya alami sewaktu di Ireland dahulu, iaitu perlu memasukkan kod PIN untuk sebarang urusniaga yang tidak melibatkan internet.

Cuba bayangkan kau hilang beg duit. Di dalamnya ada kad debit Maybankard Visa. Kalau saya yang jumpa, saya boleh gunakannya untuk beli macam-macam di Giant dan Tesco. Satu-satunya cara untuk menghalang musibah ini daripada berlaku adalah dengan:

  1. Melaporkan kehilangan kad itu kepada Maybank dengan segera;
  2. Atau pun sebelum benda ini berlaku, sila pergi ke ATM dan tukar amaun untuk transaksi kad debit itu menjadi RM0 per hari. Tapi kalau buat begitu, apa relevannya ada kad debit ini?

Bab yang ini sangatlah penting untuk kita fikirkan kerana kad debit dihubungkan secara terus dengan akaun simpanan kita. Ini yang bahayanya. Kalau kau hilang kad kredit dan tiba-tiba ada orang lain yang berjaya menggunakannya, kau tak perlu risau sangat kerana setiap transaksinya akan menggunakan duit bank terlebih dahulu.

Saya bertanya kepada cik khidmat pelanggan itu tentang bagaimana kalau dompet saya dicuri, dan pencuri itu berjaya melakukan transaksi, katakan sebanyak RM1000 dengan menggunakan kad debit saya itu. Kes kecurian ini pula memang telah disahkan oleh polis dan bukan saya sengaja mereka-reka cerita. Maka, adakah saya akan dapat semula RM1000 itu atau ia lesap begitu sahaja?

Cik khidmat pelanggan itu menjawab bahawa dia tak boleh bagi jawapan boleh dapat balik atau tidak. Ia bergantung kepada pihak pengurusan. Sangat menggerunkan..

Melainkan Maybank meningkatkan tahap keselamatan kad ini dengan memperkenalkan sistem PIN bagi semua jenis transaksi, maka saya hanya boleh berharap agar kad ini boleh terus dilupuskan dari diari hidup saya sebaik sahaja tempoh basinya tiba. Munajat saya: Mahu kad dulu-dulu yang lebih old-school. Amin.

Data Entry dari BLOG

kasut raya...oppsss..salah sandal keja

salam uolssss,
mesti ramai dh berkobar-kobar nk raya kn? Mesti da juak yang dah mula mengemas rumah then x kurang gak shopping di mggu aher nk smbut syawal kan..so memandangkan aniz dok boring kat umah, aniz kuar ler merayap kar bintang mall..pada asalnya aniz kuar sebab nk bank in duit je..tetapi hati kuat lak jejak ke mall..Dah smpi mall, haruslah sempt menyambar satu barang..tereffect tengok orang dok shopping sakan..aku pun join gak ler..dpt ler sembat sandal baru..nh bukan untuk raya ya..nh untuk kerja hahah.

tadaaaa...nh ler sandal baru aniz...mmg selesa kowt..bukan sebb jenama nya tapi design nya yang simple wat aniz rase simple nak pakai...dah rasmi pun since semalam hahaha...syokkkk...Kasut raya korang cmana pulak ye...:)

From My Heart,
Aniz

Friday, 2 August 2013

Tenangkan hati saudara islam ku...

Salam Uollsss...Moga kita sama-samamenhayatinya yeee....

Feel lebih pulak aniz bila terbace pengertian kat atas..creadit to my best friend..Alfishah, yang share kan ayat nh dengan aniz..Semoga pasne aniz lebih kuat lalui dan terima ujian dariNya.

From MyHeart,
Aniz

Abert dan Momot

Hi uolssss,
Nak remind entry nh maybe panjang...bg yang x gemar mmbaca boleh ke entry lain ya...

Maaflah wahai sahabat ye, aniz bizi sgt smpi x menyempat nak fullfill kan kehendak sahabat untuk wat entry pasal Abert and Momot...

nh ler Abert (putih) and Momot (Panda)..dua ekor nh lah pengarang jantung aniz n tunang aniz...dari hidup berdua dulu sekarang dah berempat hehehe...

Aniz mula jaga abert and momot time umur nya 2 bulan then sekarang dah 6 bulan pun...nh pun ihsan dari seorang kakak yang kat miri nh..dia bg je x jual pun...dua ekor nh mix persian tau..that why bulu nye x ler tabal sangat tp best d peluk...First time amek dulu, abert and momot sakit, teruk sgt kurab..then pg klinik siap doktor cakap abert mmg xkn tahan lama..aniz time tu dah nangis pun..walaupun baru je seminggu jaga tp dah sayang tau kat die orang nh..berkat sabar+prihatin tunang...dia jaga leklok and bagi ubat selalu..serta belai2 selalu, abert sihat semula then sekarang abert ler paling momok hehehe..yang lawak nya kat abert nh..dia gemuk+rendah hahaha..kalau berlari kan cepat je semput then like rabbit je aniz tengok. Sekarang dia orang stay ngan tunang aniz kat bintulu..sometime je aniz jengok..tu pun kalau aniz de project di bintulu..nh yang entry pasal abert n momot nh sebab RINDUUUU kat dia orang dah... si momot pulak ramai yang suka tengok, coz kalau momot duduk...nampak cam panda je ngam2 pulak area mata dia tu pun gelap je hehehe... perangai momot lak lain...paling aniz x suka..perangai dia yang suka wat dia berbau then nak kene mandikan selalu...
nh lah perangainya..suka sangat dok tdo dlm bekas mmbuang tu..aniz and tunang pun x faham...sejuk sgt ke pasir tu..kang bg tmpt tdo yang empuk xnk pulak..tu jugak lah tempt idaman dia..mcam2.
nh pulak perangai paling x senonoh..oraang bagi air untuk minum..korang tengok pa yang dia orang wat ngan bekas air tu??? main air kowt...basah lantai..kang nnti nangis dok minx air d tambah sebab dahaga..dah ada air tp d buang..mmg xda mainan lain ke nak main...

Atas nh aniz sajikan mata korang dengan tengok karenah mereka nh..tdo pun nk posing2 bagai...

abert n momot nh jelah penyeri kehidupan kami...tunang pun sayang sgt kat dia orang nh..stiap kali balik keja mmg tunang akan pegang2 n belai dia orang dulu, then dia orang cm tahu je yang tunang dah balik keja, dia orang dah prepare tunngu tunang kat depan gate..kira menyambut tunang balik keje lah...kalau nak tau makanan mereka nh adalah royal canin (kitten)


 minum air mineral, sebab tunang takut dia orang sakit perut kalau minum air paip..macam2 kan tunang aniz nh then amalkan vitamin bulu and vitamin makan serta kesihatan..we love abert and momot...tu jalah yang boleh story bout them..peace and happy reading yaaa...

From MyHeart,
Aniz



Nasi Goreng Dabai

Salam and morning uolllssss....

Tajuk pun dah wat terliur hehehe, saja nak wat gempak cikit. Yessss, semalam aniz berbuka puasa dengan nasi goreng dabai tau...sedap sangat. beli kat bazar ramadhan. Dah nak habis puasa tp nh ler first time aniz pg bazar, teruk kan? Memandangkan Tunang nak balik ke bintulu semalam, so singgah lah sekejap beli juadah berbuka puasa dia. Sebab confirm2 lah dia akan berbuka kat dalam bus hahaha...sian tunang aku. Yes, my tunang balik ke bintulu naik bus..kereta memang dah lame aku guna untuk trn keja..aniz ler x mmpu ag nak beli kereta...so kongsi kereta pun nak elakkan jam dan udara kotor hehehe, de je alasan aku nh kan..tp boleh ler masuk akal gak. ok, aniz sajikan korang suma dengan menu yang aniz tangkap kat bazar semalam ye..
nh ler menu aku untuk iftar semalam memandangkan aku nh kene buka sorang2...so memang makanan bungkus ler yang aku pilih and air milo, harus ada heheh. Nh ler ropher nye nasi goreng dabai...asalnya of course ler dari buah dabai kan..bagi sesiapa yang x penah tgk buah nh, meh aku tunjuk..mungkin buah nh limited cikit, ekot musim then kalau x silap aniz ler, buah nh da kat sarawak je..betol kan aniz kalau salah ya..bcos selama aniz stay kat johor..mmg x jumpa pun buah dabai nh..so aku assume mmg xde terus ler 

Ok uolls..nh saja ya..happy reading...

From MyHeart,
Aniz

Thursday, 1 August 2013

Mengantok tahap Gaban huhuhuuuaaaaaaa...

mengantok giler nh..x tau lah napa? nak kata semalam tdo lewat x lah jugak..smpi x mmpu nak type dah nh..update job pun x mmpu huhuhu, bila nak kol 4pm nh..nak balik keje..terbayang dah tilam yang empuk...
Jam tolonglah cepat berlalu ya..cepatlah kol 4pm ye....

From MyHeart,
Aniz

WOLVERINE in 3D--Besssstttttt

Salam uollssss....Morning,
Semangat betol aniz nh, seawal pagi yang boleh aniz bertenggek kat blog aniz nh hehehe, sebelum kebizian melanda, better aniz update blog..bole kurangkan tekanan..tekanan lah sangat aniz nh. Semalam selepas iftar ngan tunang and menunaikan kewajipan sebagai seorang  muslim, tunang tetiba lak plan nak ajak kuar servey jam tangan untuk abang ipar dia..so aniz on je lah memandangkan xda buat pa2 jugak kat rumah..tetapi, lain yang servey lain lak yang membeli hehhee, aniz teringat lak yang aniz ada hutang ngan anak saudara aniz hadiah birthday, so tengok sekarang ngah promosi jam tangan , pa ag aniz sembatlah satu..utk di jadikan hadiah untuk dia nnti..then dah sementara dok kat luar tunang pun ajak ar tengok wayang..hehehhee, tergelak aniz ngan tunang aniz nh..rasenye dah hampir 2 tahun lebih kowt aniz n dia x tengok wayang, semalam teringin lak..al maklum ler kami dating kat umah je, depan family..kalau nak kuar pun sekejap2 then x sampai ar nak tengok wayang gitu...
So far cerita yang tunang pilih, Wolverine.kami amek yang 3D punye..mmg best.I loike sangat2...tp before citer tu start da telihat view next new movie in 3D gak..lau x silap lah DRAGON camtu lah tajuk nya..pun best gak ..if kuar nnti nak heret tunang pi tengok, walaupun tu citer karton hehehe...dia punya effect 3D tu yang wat aniz teruja nak tengok cita tu..ok, sampai cny je entry kali nh...so pa kata layan picture semalam kat bawah nh ye....happy reading 
nh lah Bintang Mall, Miri tempat kami lepak semalam...
Muka begitu turija nak masuk wayang halwal de 30 minit ag..
Haruslah aku jd duta untuk mengiklan kan bahawa citer nh BESTT....Model x de gaji
Nh lah perangai buruk tunang aku..x penah nye nak boleh tgkap gmabr die yang smart, de je wat perangai comel die hehehe...tu yang wat sayang tu 

That All uolsss,

From MyHeart