My Wonderland Life

Thursday, 17 October 2013

Sambut Aidiladha di perantauan....

Salam semua..

selamat hari raya Aidil adha ye..semoga memberi seribu makna buat kita semua. Apa yang aniz nak story ngan korang suma nih adalah suasana aniz beraya di perantaun..actually nih bukan lah kali pertama beraya jauh dari family, since anis belajar ag aniz memang dah sambut raya aidiladha jauh dari family but kali nih difference cikit ar coz selalu sambut simple-simple je..like pas solat Aidiladha, aniz akan terpacak depan tv tengok rancangan kat tv je and at the last tido...but kali nih adalah juga merasa sambutan beraya which is aniz pun buzy wat preparation nak masak untuk pagi raya. Kali nih aniz x keseorangan, aniz beraya dengan kakak angkat aniz plus gak my encik tunang pun datang, lagilah syok hehehe..tipu lah kalau aniz x merasa sedih bila sambut raya jauh dari family aniz, tapi dengan kehadirang rendang dan biskut seaweed yang along aniz kirimkan, aniz rasa mereka seolah ada di sebelah aniz je then sambut raya aidiladha bersama-sama...Ok, xmo nak cakap banyak-banyak biar gambar menceritakan segala k..

nih kueh mongkol, FMIL yang buatkan, tetiba time tu tekak teringin kueh nih nasib ler encik tunang balik then boleh ler suruh mak dia buatkan untuk saya
tadaaa....nih lah rupa kueh mongkol..huh, sedappp x terkata, lemak-lemak berkrim

yang nih pun special request by me jugak. Kelupis...rase like ketupat yang bersantan ler. FMIL yang buatkan..al-maklum tekak orang beraya di perantauan nih macam-macam, nasib ler FMIL tu faham then dok melayan je apa yang aniz nak..nih yang wat makin saying ketat-ketat my FMIL tu

favorite encik tunang, makan kelupis+kaya, FYI, kaya nih memang homemade tau..FMIL, memang serba boleh..macam-macam dia buat untuk bagi kat kami yang beraya di perantauan


nih sate goreng, kakak angkat aniz yang masakan,sedap gilerrr...first time gak makan sate ayam tanpa kayu cucuk tu, serius feel like makan kat kedai sate je. Masakan nih menjadi fav. my encik tunang, so mean I need to belajar masak bende alah nih lor...

harus korang suma tau pe masakan nih kan..nih ayam masak kurma..special dari kakak angkat aniz

kuah kacang, but orang Sarawak owezcmention it "kuah sate".. masakan nih harus ada je bile musim raya kan..kan..kan..kalau xda, macam x berseri pulak di pagi raya. itu bagi pandangan aniz ler..

rendang daging- made my sister kat Kuching, fly direct nih dari Kuching ke miri heheh...


nih pulak kari ayam..kakak kepada kakak angkat aniz yang bagi. bertambah ag lauk kat meja


last activity time raya aidiladha, muveee time hehehe...encik tunang nak tengok wayang, dah sekali tu ajak ler kakak angkat aniz and husband dia, kami tengok citer ESCAPE PLAN..serius best citer tu...rugi kalau korang terlepas dari tengok citer nih.

Inilah activity aniz time beraya dengan kakak angkat di perantauan, seronok jugak lah coz dapt feel beraya even jauh dari family but aniz x lupa nak call family di Kuching untuk bertanya pesiapan raya then wish selamat hari raya untuk mereka..then haruslah call my dad too..even jauh, mereka  tidak lupa kat aniz macam-macam makanan mereka hantar supaya aniz x merasa sepi bila sambut raya without mereka. Apa-apa pun, kasih saying tetap utuh . Ok, happy reading yan uolllssss
 
 
From MyHeart,
Aniz


Monday, 14 October 2013

dah kawen pun huhuhu

salam uolls,
 
Sempat ag nh nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kat suma and selamat berpuasa Arafah ye untuk kengkawan yang berpuasa arinih. Moga kita di limpahi Kurnia dan mendapat KeredhaanNya. Aminnnnn...
Tajuk entry syok kan hehehe..but jangan confuse, it not aniz ye..yang nih besfrend aniz punya wedding. Actually wedding nih bulan may lepas but baru ja dapat gambar dari besfrend then baru dapat share ngan korang heheh..Aniz attend wedding dia ngan En Tunang, wedding nih berlangsung kat Parit Daun, Batu Pahat, Johor...ceh panjang bebenor mention tempat wedding, nape lah x alang-alang mention terus alamat kan..kan..kan..  Bukan aniz je berbestfrend ngan dia tau, malah husband dia and my En Tunang pun bestfrend gak heheh. Tu yang wat kami nampak lebih rapat.Ok lah dari aniz dok panjang-panjangkan cerita, better korang suma layan je gambar yang dia bagi kat aniz semalam. Doa aniz moga hubungan yang di bina berkekalan sampai ke Jannah  then dapat baby2 yang comel cam dia orang gak..
Time nih masih tunggu tunang dia nak datang.Kira tunggu detik nak di ijab Kabul lah.cantek kan bestfrend aniz nh, neutral beuty tau, then yang kat sebelah tu yang free hair tu bakal akak ipar dia..actually dia yang make upa kan bestfrend aniz nh.simple and Nampak berseri-seri je makeup nih kan..
lepas je akad nikah tu, serius aniz rase sebak je, terus aniz peluk dia then nangis, sedih sangat coz kawan paling-paling rapat dari diploma merangkap family angkat aniz time kat Johor nih dah kawen.. rase kene tinggal je huhuhu..
Outdoor selepas akad nikah kat masjid University kami belajar..alah umah dia and university nih bukan jauh pun..dalam 20 minit sampai ar.tu yang selalu kalau aniz boring kat hostel, aniz akan suruh dia amek aniz then lepak kat umah dia. Tu yang menyebabkan kami rapat sangat.

Sementare tunggu pengantin bergambar, kami pun nak bergambar jugak hehehe...saje nak amek berkat hehehe

tema yang dia pilih nih memang soft je..kira sejuk gak lah mata memandang.
kami berempat nih pantang nampak kamera...mesti ada je perangai yang pelik-pelik keluar..serasi bersama katakan hehhe
Sesi outdoor selepas sanding..yang sebelah aniz tu bakal kak ipar dia..kira bakal isteri abang dialah.at the same time, bestfrend kami.heheh dah jodoh kan, dengan kawan sendiri pun boleh jadi kakak ipar heheh..
Haruslah action-action cikit kat pelamin dia nh heheheh, nih pun Official Photography dia yang suruh nih then yang kami pantang di beri peluang camne, teruslah posing hehehe
part nih, kami design tau khas wat yan+lan, guest book place..nih memang xde dalam plan dia pun..last minit punya hahaha..but cantek gak. pagi2 tu dia tekejut tengok hasil dari aniz and tunang aniz nih
 
ok,tu je and happy reading

From MyHeart,
Aniz

Friday, 11 October 2013

Yeaahhhh...Dapat bungkusan

salam uolss...
 
Dua hari lepas aniz dapat satu bungkusan tau. Actually, aniz sendiri x tau sape yang hantar, receptionist call intercom aniz cakap ada parcel untuk aniz.time tu tertanya2 je sapa yang hantar..kalau aniz memang membeli online, tau lah and haruslah excited. Nih x, tetibe je ada..harus kowt doubt cikit huhuhu.
rupanya parcel nh dari my sis kat Kuching, dah nampak alamat kat parcel tu dah boleh agak pun, sape yang hantar..but still doubt becos don't know what she send to me....
 
Tadaaaa...nh rupa nya barang dalam parcel tu siap dengan nota lagi hehehe.
 
 
nh lah seaweed popia biskut made by my sis 
nh family my sis..yang 3 orang hero nh yang penah aniz cite dulu
 
x sangka pulak yang along aniz nh pandai gak wat suprize huhuhuhu..terharu tu. Nih yang wat makin sayang kat along, sayang ketat-ketat.Along cakap yang nh untuk aniz sambut raya haji nanti.. itu sahaja dari aniz, and happy reading
 
From MyHeart,
Aniz 


Monday, 7 October 2013

Untuk kesihatan dalaman kami (^___^)Y

salam and selamat pagi uollsss..

happy Monday ye. Mesti ada yang lemau nak keja arinih kan memandangkan dah cuti 2 ari hehehe..termasuk ler aniz nh. Dah lah weekend nih aniz layan demam aniz hohohoh, sabor je lah.Dok umah je, memang x larat nak buat apa2. Kerap sangat aniz nh kene virus demam, nih sebab berjangkit dengan kawan ofis aniz lah nih, antibody semakin kurang dah almaklum ler usia makin meningkat jeng..jeng..jeng... Oleh itu, encik tunang begitu prihatin..dia cakap akan sponser aniz beli vitamin. Bukan x mampu beli ya tapi commitment nak makan tu menyebabkan aniz nh malas giler nak membeli nya..oleh sebab dia dah beli, nak x nak kenelah mendisiplin kan diri untuk makan.

nih ler vitamin yang dia belikan..actually dulu kala penah gak amalkan.so far ok..Apa yang aniz tau kebaikan vitamin nh adalah :

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

great kan kebaikan Alfalfa nh..so, jom ar beramai2 amalkan ye. Memandangkan encik tunang dah beli vitamin untuk kesihatan saya, dia pun harus lah membeli untuk diri nya sendiri..kalau x, alamatnya dapat lah leteran dari aniz. So, yang di suggestion kan encik tunang adalah...
 
antara kebaikan vitamin Zinc nh adalah :
 
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
    • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
    • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
    • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
    • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
    • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
    • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
    • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
    • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
    • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
    • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
    • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
    • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
    • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
    • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
    • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
    • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
    so terbaik lah kedua vitamin nih untuk kami. setakat nih nak try dua nih dulu, kalau match ngan body nanti nak teruskan and try vitamin lain keluaran Shaklee. Jom lah kita try sama-sama ye...in case nak tau lebih detail pasal product Shaklee nih, boleh lah singgah kat blog nih ye..semua info ada di dalam nya..Shaklee product Blog. Itu sahaja dari aniz ye.Happy reading...
     
    From MyHeart,
    Aniz

    Thursday, 3 October 2013

    Layan weekend+wedding caremony

    salam uolsss...

    Title haruslah gempak kan but bukan wedding aniz ye..awal sound nh risau bila aniz wat title cmtu takut korang cakap anz pulak yang kawen...lambat lagi ye, nh pun masih B2B ag nh heheh..last weekend kakak angkat aniz bawa aniz gi attend satu wedding tau. wedding anak kepada kawan suami dia...reason dia suruh aniz pegi supaya aniz bolehlah view camane mjlis tu then boleh dapat idea camane nak wat mjlis aniz nanti. wedding tu di raikan di Mega Hotel Miri .But, serius mjlis nh memang simple je..and relax. x adanya nk mewah2 cukup sekadar nak meraikan pengantin..best kan camtu....dah pg mjlis kawen tu x sah lah kalau x snap pic pelamin nya..
    Actually nak amek gmbr pelamin tu dekat2 but maluuuu lah pulak heheh so, terpaksa lah amek dari tmpt duduk je
    Panggapan aniz, pelamin tu maybe sponser or prepare by pihak hotel..tu yang pelamin nya cam mjlis event dinner je kan? bukan nak perkecikan lah..but korang boleh nampak kan??sampai hati hotel tu buat simple je pelamin..buat lah cantek cikit..orang dah byr kowt..bukan x byr.
    nh menu aritu..banyak kan..sampai x larat nak habiskan.
     
    ...yang penting servis makanan nya..perghhh, memang menyengat. sedapppp ooowwww
    yang nh pulak goodies untuk tetamu..

    mjlis selesai dalam kol 1 camtu kowt..dah kenyang2 tu mulalah mata nak tutup hehehe,mane x makin bambam..ish2, salu je cakap nak diet sihat but diet nya hilang, sihat nya makin betambah2..
    Petang tu pas layan tdo and rehat secukupnya....buka je mata dah ternampak something huh, betol2 tergugat iman..dah cakap dalam hati x yah amek berkali2 tp x jalan jugak..at last ngap huhuhuhu..
    bende alah nh ler yang mengganggu emosi aniz...x taulah nape boleh muncul depan aniz nh, sengaja lah tu...
    nh lah bentuk di dalam nya..like sponge kan, rase perghhhh...x leh terkata, kene diam jap hehehe.sedappp..tidak serupa bikin hahahaha...

    ok lah aniz tetibe lak ketandusan idea. walhal tadi punya lah semnagat nak update blog..tibe2 lost pulak, apa2 pun happy reading yaaa...

    From MyHeart,
    Aniz
    

    My Journey to Offshore-Kikeh Spar-Part 2

    salam uolsss,

    now aniz nak smbung story yang masih tergendala aritu ye...if x ingat, meh view link disini dan disini Yang tu persiapan dan pejalanan ke sana..so far pengalaman yang x dapat di lupakan..best but at the same time you can feel like huh..nyawa seolah berada di atas tanduk kerbau..seremmmmm. Mungkin ada yang dah biasa then ada jugak yang x lalui saat cmtu time Otway naik chopper ke offshore..but bagi aniz itu yang aniz lalui. Ok, panjang lebar punye..malas pulak kang nak membaca nya..so now aniz share beberapa gambar semasa pejalanan ke sana..jom view same-same.
    Aniz mention yang aniz pg Kikeh Spar Offshore kan? nh ler pandangan jauh kikeh spar tu..jauh je ye..x leh nak amek dekat2 tambahan aniz nh malas giler nak apply permit utk camera..so layan je lah apa yang ada ya...



    nh kira junction jugak lah..mean jambatan yang di sambung antara kapal west menang ke platform kikeh spar..huh, penat an termengah2 kowt naik tangga nh..and the same time rase lah jugak gayat Nye bile tengok view bawah jambatan tu..sume air..dalam kepala dk fikir sedalam manalah laut nh ye huhuhuhu



    time nh angina kuat..so mean ombak pun kuat jugak.terasalah jugak gegaran yang tak di sangka kat platform..but time nh masih terkawal ag


    view at area kapal west menang..tempat chopper landing and accommodation for a few crew..

    nh je lah dari aniz ye..apa yang aniz feel need to share with uolsss...refer on datin baah trade mark "sharing is caring"
     
    From MyHeart,
    Aniz

    My Journey to Offshore-Kikeh Spar-Part 1

    salam and Hi uolllssss...

    aritu kan aniz ada janji ngan korang suma yang aniz akan update entry pasal pengalaman aniz first time dok offshore..mungkin bagi yang penah menjejak kaki ke sana boring baca entry aniz but this is my experience..perasaan teruja tu lebih so, nak jugak share ngan kengkawan pasal pengalaman camtu...manakala bagi yang x penah jejak kaki or akan jejak kaki ke sana, mungkin korang akan tertanya-tanya how my life there and how i manage my self to be strong on offshore walhal..more of them major..not minor k....LELAKI..so, x payah ler nak fikir dalam sangat..simple je example...if nak pg toilet how??? hah...bukan mudah ye, even toilet tu bersih, ada pintu and suma lengkap lah sebijik cam toilet kat ofis or rumah tp if ko x selesa, xkan jugak membuangnya...at last, ko peram je hahahaha.sengsara tau...ok hold it first.

    now im story uols bout how i feel first time fly with chopper. Aniz dah mention kan untuk pergi ke plaform yang jauh cam KIKEH SPAR tu..dah x ada pengangkutan lain kowt..yang ada cuma kapal laut an dchopper, memandangkan aniz nh di request just for daily trip..mean aniz kene ulang alik ler..dari darat ke laut and dari laut ke darat, so yang ada cuma chopper lor..nak x nak aku kene hadap gak benda tu.
    Bangun seawal 5 pagi, solat and prepare untuk ke lobby hotel menunggu van krew amek untuk ke airport Labuan...pendaftaran harus pukul 6.30am sebab chopper akan terbang pukul 7am. Daftar masuk nh kene timbang berat badan ag then register bag yang nak di bawa ke offshore..like kita nak naik flight biasalah..kene check in lah beg bagai..sama jer procedure nya..tp nak naik chopper nh x leh ler ko nak bawa beg besar seolah nak stay kat sana selama setahun. cukup2 kelengkapan yang wajib. Sebelum nak boarding tu, yang harus ko lalui adalah safety induction lor..masa tu aniz di briefing tentang  escape helicopter, keselamatan, cara nak kai life jacket, dan macam2 lagi ler yang pasal keselamatan....Briefing amek mase dalam 10 minit jer...selepas itu kami di bawa ke ground floor for boading..prepare ler sagala kelengkapan and mental...before nak naik chopper tu, kene baris dulu ler,3 orang untuk satu baris nh pun aniz dengar dari kengkawan aniz..time nh pihak pengurusan airport susun kedudukan kami mengikut berat..maybe nak balancekan chopper kowt...selepas pengawai bertugas pasti yang kesemua kami dah ready dengan life jacket and chopper pun dah start engine gak..so kami di suruh berjalan ke arah chopper dengan sedikit menunduk..demi keselamatan kowt....masa untuk naik chopper dah..time nh hanya aku dan DIA yang tau  cmane perasaan aniz time tu..yang nh nanti aniz continue k......apa2 pun layan pic kat bawah and  happy reading...
    nih sama gak cam boarding pass ler...

    harus ada tag kat beg, supaya beg betol2 sampi kat platform landing yang betol..
    time safety induction


    From MyHeart,
    Aniz

    Wednesday, 25 September 2013

    CENDAWAN GORENG SEDAPPPPP.....


    Salam uollsss..

    Memadangan aniz weekend kat miri jer, adalah aktiviti yang aniz buat hehehe..x lain x bukan haruslah aktiviti mengemukan badan hahaha..makan lor..yang ada kat peti ais cumalah sayuran then aniz malas sangat nak masak yang berat2 then teruslah dpt idea nak resepi hehehe....nh resepi main letak je ntah pe2 lah. ok x mau panjang2 bebel..so aniz sharekan resepi dulu ye...


    BAHAN-BAHAN YANG PERLU
    Telur, yang nh x kisah berapa byk ye..

    Tepung- Aniz just guna tepung gandum jerr, kalau nak lebih garing aniz tambahkan bread powder.

    Nh ler sayuran yang ada dalam peti ais...so amek jer ler suma :)

     First step, aniz rendam kan sayuran tersebut dalam bekas telur dan kemudian amek sayuran tersebut dan letakan dalam tepung (seolah kita salutkan sayuran yang dah basah dek telur tadi). semudah tu jer....aniz x campurkan tepung+telur sekali ye, coz kalau campurkan nanti after goreng sayuran tersebut nampak lembik jer...aniz suka yang garing2.
    dah masuk kuali pun...sesi menggoreng lor..

    DAN.......



    Tadaaaa....dah siap pun, nampak sodappp kan..rasa pun haruslah sedap hehehe. mesti ler aku puji coz aku yang buat hahaha...

    Tulah makanan aniz time weekend lepas..sedap, rugi sangatlah x try. ok tu jer dari aniz, selamat mencuba.

    From MyHeart,
    Aniz

    Monday, 23 September 2013

    Blackheads and whiteheads solution

    Salam uolllssss,

    Weekend lepas, aniz really boring..dont know what to do.Just stay kat rumah jer, nak keluar memang tidak lor..Planning awal nya nak kemas jer bilik..tau jer lah bilik yang kecik..bapa lama jer ko nak amek masa kemas kan..kan..kan..x sampailah 3 or 4 jam..boleh kata sekelip mata dah siap...nak di jadikan aktiviti on weekend..aniz buatlah sesuatu yang menguntungkan diri sendiri..bukan lah nak berjual kerepek or bukak gerai makan k..yang tu terover lah pulak..nh hal nak memanjakan diri ehehehe, lama sangat dah x manjakan diri nh. Nak harapkan orang manjakan memang dok sah cakap ler..lau nak buat manja dengan orang, memang five stars lah kat pipi.so, jom view pa yang aniz buat ye jeng..jeng..jeng..nak bagi suspen lah konon :)....
    Aniz wat facial jer lah hehehe...lama rasenya aniz x buat terapi kat muka..so dah ada freetime and masker pun byk jugak stock kat rumah, so menjadilah plan nya...
    Nh lah masker yang Aniz gune...So far masker nh dah glamour kowt. memandangkan muka aniz nh banyak blackheads and whiteheads, so inilah penyelesaian nya..sangat terbaekkk.. dan harga pun berpatutan, aniz just beli kat FB jer ya. kene mention awal. X pasal2 ada pulak yang nak order ngan aniz.Brand SHISEIDO kowt...like korea jer bila apply kat muka hehehe then terus berangan pas selesai apply tu muka cam gadis K-POP korea HAHAHHA....

    Time nh, dah x leh nak senyum..tu yang muka dok macam senandong+kelat jer  hahahah..Aniz apply kat area yang aniz rasa perlu sahaja...tapi x salah kalau nak apply pada suma area. Selepas apply tu tunggu beberapa minit..like 30 minutes untuk mask tu betol2 kering ye..memandangkan aniz nak mask cepat kering,  apa ag..depan2 kipas aniz tenggekkan kan muka nh hahahah...memang cepat kering pun..berbaloi lah wat cmtu hahahah

    Dah kering pun, so activity yang paling aniz suka hehehe..kopek mengopek lol..tapi make sure ya, mask tu betol2 kering baru kopek..then ko raselah syok nya bila ko tarik mask tu..

    berseri x hehehe..nasib masih ag like muke aku..lau bertukar jadi gadis K-POP korea punya muka tadi, aniz sure korang mesti nak beli Mask tu kan hahahah

    Selepas mask, kenelah cuci muka + toner sekali, nak bagi betol2 bersih.

    Selepas cuci muka pastikan lap muka dengan tuala yang bersih...serius rasa segar sangat time nh..memang aniz rasaaaaa..Best.

    After washing your face, haruslah apply toner, nh kan untuk kecilkan liang2 roma..

    Tepuk-tepuk lembut yeee...supaya toner tadi meresap masuk dalam kulit...segarrrrrr becoz toner nh like dingin2 lor.

    X selesai ag tau sesi facial nh...selesai step kat atas..mase untuk aniz apply white mask pulak..purpose nya sama je, tp mungkin aniz terlalu rajin semalam kowt, sampaikan sanggup nak apply dua kali masker sekaligus

    Nh lah ghoper nya, memandangkan aniz dah apply black mask tadi, so yang white mask nh aniz apply nipis je kat muka...selepas mask kering, sama je langkah yang aniz buat ya..untuk pastikan wajah aniz segar dan betol2 bersih.

    dah selesai pun sesi facial..muka tegang, fresh then yang penting aniz rasa sangat cantek hahaha...

    that all dari aniz.....

    From MyHeart,
    Aniz